‘Jangan sesekali kau ucapkan kalimah cinta jika kau tidak sanggup berdepan dengan kenyataan,” bentak hati Izyan.

“Aku sebenarnya amat takut untuk jatuh cinta..” ujar Izyan.

“Cinta itu buta,” Fina cuba mendamaikan dilema Izyan.

“Aku tahu tetapi ia memerlukan pengorbanan. Termasuklah samada aku bisa menangkis tohmahan atau cemuhan,” balas Izyan.

“Aku kini tak boleh hidup tanpa dia. Itulah kelemahanku Fina,” Izyan terpaksa berterus-terang kepada rakan akrabnya.

“Masyarakat akan mengutuk tindakanku. Tak nak orang kata ‘harapkan pagar,pagar makan padi.’ Aku tak pandang kebendaan. Fina, he is just vulnerable. He bleeds. He sheds tears of joy and pain..and I love him for who he is,” panjang lebar Izyan bercerita.

Mereka berpelukan.Tanpa bicara, masa berlalu pantas. Cinta lahir tanpa diundang. Adakala cinta itu dugaan. Sememangnya cinta itu suatu perasaan yang tulus tetapi keadaan mungkin menjerat kita. Akan wujud benci. Mungkin juga amarah. Tiba giliran hidup Izyan diwarnai cinta. Namun ia bukanlah seperti kisah seorang puteri dan seorang putera dalam lembaran hikayat. Penuh ranjau, itu adalah kepastian yang nyata.

***

Izyan: Di dalam hati yang lara aku berdoa agar Tuhan mengembalikan dikau kepadaku. Segala kegembiraan di kota London ini akan berakhir. Dia mempunyai keluarga bahagia. Aku pendamping yang setia. Barangkali aku akan terlupa bahawa aku telah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

“Dato..”

“Ish..bukan masa kerja, sayang. I’m just a normal Joe when I’m with you.”

“Sorry, it’s something that I have to get used to.”

“We are married, darling.”

Dato’ Affi Imran nekad untuk mengahwini Izyan Dayana. Setelah mengenali hati budi pembantu peribadinya selama beberapa tahun, dia yakin Izyan adalah curahan kasihnya. Izyan juga adalah satu-satunya sahabat di dalam dunianya yang penuh dengan keglamoran, kepura-puraan dan kekayaan. Dunia perniagaan di mana ramai yang sanggup bergadai nyawa, hidup dengan hati nan kering, hasad dengki menjulang, dan devotion untuk bekerja seharian demi harta duniawi. Demi nama. Demi status.

“I need you to go to London with me. A short business trip.” tegas Dato’ Affi.

“I’ll make the necessary arrangements, Dato’,” balas Izyan.

Jadual kerja di London agak ketat dipenuhi dengan mesyuarat, perbincangan termasuklah perjumpaan ditemani teh dan English scones. Izyan sempat menghubungi bapa saudaranya yang bertugas dengan Kedutaan Malaysia. Adik lelaki bongsu arwah ayah Izyan saling tidak tumpah dari segi rupa dan keperibadian dengan Encik Daud, ayah Izyan yang telah kembali ke rahmatullah sebelum Izyan berkhidmat dengan Dato’ Affi.

Pada hari ketiga, Dato’ Affi dengan beberapa rakan termasuklah Sir Adrian Walters telah terbang ke Italy. Dengarnya mereka akan berurusan dengan pihak Ferrari. Izyan kurang pasti walaupun dia benar-benar faham akan kecenderungan Dato’ Affi terhadap kereta. Jika diberi seorang wanita dan sebuah kereta di hadapan Dato’ Affi, nescaya kereta yang akan diterokainya. Izyan bersyukur kerana Dato’ Affi tidak pernah mengambil kesempatan ataupun merendahkan martabat Izyan sebagai pembantu. Izyan pula tidak pernah mengharapkan wang ringgit atau kebendaan. Cukuplah penghargaan sebagai pekerja yang berintegriti dan amanah. Dan kadangkala menjadi kawan di kala Dato’ Affi berkongsi kebuntuan dan kepeningan menjalankan perniagaan serta mengembangkan empayar keluarganya.

Semalaman Izyan berada di rumah bapa saudaranya. Hatinya berdebar-debar semenjak pagi. Hari Jumaat itu dirasakan amat perlahan berlalu tidak seperti hari-hari dia bertungkus-lumus menyiapkan tugasan bagi Dato’ Affi ketika di Kuala Lumpur.

“Izyan, I’m back. I’ll see you after solat Jumaat,” kedengaran suara Dato’ Affi di talian.

Izyan serta Auntie Eda meninggalkan rumah sekitar jam 3:00 petang. Izyan bergegas membawa komputer bimbit dan tas tangan juga beg pakaian untuk menemui majikannya. Namun dia tersentak setelah melihat pakcik Darus bersama-sama dengan Dato’ Affi. Auntie Eda pula membawa sebuah kotak besar kepada Izyan.

“Is there anything that I should know?” Izyan terpinga-pinga.

“Izyan, marry me?”

“Right now? Hmm…I mean here?” Izyan mengetap bibir.

Imam dan qadhi telah dijemput. Walaupun Izyan berkali-kali menidakkan perasaan yang terbit terhadap Dato’ Affi, dia yakin dia telah berjaya menyimpan rasa cinta. Tidak pernah sekalipun dia cuba menggoda Dato’ Affi. Baginya cukup sekadar hubungan majikan dan pekerja. Hubungan professional. Izyan berasa bersalah rasa cinta lahir juga tanpa disangka-sangka.

“I can’t. You’re not serious, right? What about your family?” Izyan terasa hati kecilnya gundah-gulana. Nafasnya kencang.

“Stop and think for yourself, Izyan.”

“You’ve showed me that you’re mature and smart. And yet, I could see love in your eyes every single day..”

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Pemandu menghantar Izyan ke rumah. Dato’ Affi akan pulang ke rumah keluarganya. Amat berat Izyan melepaskan suaminya untuk pulang ke pengkuan anak dan isteri. Inilah kenyataan yang perlu dihadapi. Izyan bersalaman dan mengucup tangan suami yang baru dinikahinya. Sukar baginya untuk berpisah. Namun, dia perlu matang menangani konflik perasaannya.

“Dato’, thank you. I’ll see you in the office tomorrow,” ujar Izyan,

“Terima kasih Pak Leman. Pandu baik-baik,” nasihat Izyan kepada pemandu Dato’ Affi. Kereta Mercedez S350 berwarna kelabu metalik pergi di celahan trafik di bandaraya Kuala Lumpur. Izyan kembali ke kondo miliknya. Dengan wang gaji serta hasil penggambaran modeling untuk beberapa majalah wanita dan keluarga, dia telah berjaya melangsaikan pinjaman perumahan sebanyak RM235,000.00. Syukur dirasakan kerana dia mampu berdikari.

SMS diterima. Izyan tersenyum sendirian.

“Buat apa, sayang? Esok jangan pakai skirt ke office. Nanti I jealous bila orang lain pandang you. Miss you already.”

“Miss you too. I should have kissed you,” balas Izyan.

“Woww, rugilah I,” Izyan tergelak kecil membaca SMS daripada suaminya.